Ok, hari ini saya pergi ke sekolah seorang diri. Saya telah bangun pada pukul 6 pagi (macam apa yang saya buat pada hari pertama ke sekolah) tetapi kali ini ada peperiksaan, tak sama dengan alasan pada hari pertama (n.n)
Selepas peperiksaan, saya pergi ke perpustakaan sendiri. Saya pergi ke sana untuk membuat rumusan bagi ekologi saya supaya saya dapat ulangkaji dengan senang.
Seterusnya, apabila waktu tengah hari, saya lagi seorang diri pergi makan. Kali ini, saya pergi ke kantin keempat. Sepatutnya, kantin pertama atau kedua yang paling dekat dengan perpustakaan tetapi kenapa saya mahu pergi ke kantin keempat yang paling jauh ? Jawapannya senang sahaja. Saya ingin makan makanan Jepun yang dikatakan paling sedap di sekolah. Tapi malangnya , saya tidak makan makanan Jepun, malah saya makan makanan Barat kerana saya tidak suka beratur menunggu giliran =P
Lepas itu, saya jalan balik ke perpustakaan. Dalam perjalanan, saya bertemu dengan Ratu Muram =( [orang ini sentiasa muram sahaja, tak tahu apa yang berlaku, tiada kesusahan juga muram, ada kesusahan lagi muram] . Kali ini, dia masih muram. Sepatutnya apabila bertemu dengan kawan, kita akan gembira, tetapi Ratu muram kali ini masih muram!!!!!Aduhhai kawan ini, bolehkah kamu tidak muram untuk satu hari !!! haiz
Kira-kira pukul 3:00 , saya rasa letih dan ingin balik ke rumah. Tidak tahu apa nasib hari ini, bertemu dengan Ratu muram lagi !!!!!!!!!!! Tetapi kali ini dia tidak nampak saya . phew
Apabila saya sampai ke perhentian bas, saya bertemu dengan Jingga dan Mulut (n____n)
Mereka juga ingin balik ke rumah .
Itulah apa yang berlaku pada hari ini. Hope u guys can understand what i wanna to say . Cheers =)

